Thursday, October 3, 2024

Smooth Skin, Zero Worries



Smooth skin, zero worries! Ulike hair removal devices are certified by FDA and SGS, making it the perfect match for even the most sensitive skin. Safe, trusted, and ready to give you that flawless glow!


Protect your sensitive skin via the Ulike Hair Removal

BUY NOW



Removing Intimate Area Hair




Concerned about removing intimate area hair in sensitive areas? Not sure how to handle it without causing discomfort? 


Let us show you how to use the Air 10 Pro for a safe and effective VIO hair removal experience!


AIR 10 PRO

discount code: [ULIKEIG] off RM40 


Buy1️⃣ Free 4️⃣

- Ulike anti-slip handle 360 ° lubrication hair removal essential scraper

- Ulike Electronic Toothbrush 

- Ulike Aloe Vera Gel

- UV Glasses


❗️Mention【ULIKE-IG】in your order to get extra Ulike LED Therapy Light(buy 1 and get 6 free)

Pay in 12 instalments available / 2 Years Warranty

GRAB NOW 





Tuesday, September 10, 2024

Sampai Hati bagi Makanan ni Kat Anak Yang Ekzema



Sampai hati bagi makanan ni kat anak kita yang EKZEMA...


Kalau ibu-ibu perasan, apa unsur dalam makanan dan minuman ni?


Ia tinggi gula. Sedap, manis dan buat ketagih…


Ia high carbo dan tiada sebarang nutrisi…


Ia dari bijirin gandum yang wujud GLUTEN…


Ia makanan instant yang banyak pewarna, perasa dan pengawet..


Ia makanan yang meradangkan dan jadi punca EKZEMA berlarutan tanpa sudah…


Namun… 


Apa yang kita buat?


Kita terus bagi saja makanan sebegini sebab mudah, sebab senang dan taknak lama-lama layan kerenah anak yang tantrum bila tak dapatkan makanan macam ni.


Penyudahnya ekzema anak makin kronik.


Kita ingatkan dah bagi dia makan boleh diam, rupanya kesannya tu berbalik pada kita sebagai ibu bapa.


Tak tidur malam, terpaksa ambil cuti kerja, habis duit buat rawatan sana sini dan banyak buang masa.


Hakikatnya kita kena tukar tabiat makan dia.


Anak saya bebas ekzema dengan cara tukar diet makanannya. Tak ada lagi gula, gandum dan makanan berproses. Fokus dengan real food. 


Ofkos kena masak sendiri, itulah yang kita kena korbankan untuk pastikan apa yang masuk dalam perut dia adalah bahan yang baik-baik saja.


Tiada alasan untuk berubah. Tiada alasan demi kesihatan anak kita. Yang ada cuma usaha yang tak henti-henti dan tanpa putus asa.


Bagi anak yang tak boleh move on untuk ambil protein semata-mata. Gantikan menu makanan selang seli dengan gluten free. Masih gunakan tepung, namun tiada gluten. Bahan-bahan pun kita boleh letakkan yang baik-baik je. Sebab kita masak sendiri.


Inilah resipi dan menu yang saya buatkan untuk anak saya. Dalam buku 50 resipi sihat dan tanpa gluten ni ada rahsia cara buatnya.


Caranya mudah, bahannya murah, anak-anak insyaAllah pasti suka.


Klik SINI untuk dapatkan resipi ni : 


Cikgu Kahar

Sakit Perut Lepas Makan Makanan Yang Guna Gandum?




Siapa sini yang selalu sakit perut lepas makan makanan yang guna gandum? 


Atau ada yang selalu dapat masalah ekzema dan penyakit metabolik? 


Ambil gluten salah 1 punca kenapa perut meragam, susah nak hadam, dinding usus bocor yang menjadikan kesannya mudah angin, gatal kulit, tinggi keradangan dan penyakit lambat pulih.


Apa kena buat adalah tinggalkan semua makanan daripada gandum. Roti, kek, kuih, roti canai, biskut dan jajan kena stop serta merta. Ini bertujuan untuk hentikan keradangan.


Namun…


Jangan risau tak ada makanan yang tak boleh dimakan. Yang tak boleh dimakan tu cuma gandum. Ada banyak lagi makanan boleh makan.


Antara pilihan bagus adalah protien haiwan seperti telur, ayam, daging, ikan dan seafood.


Tapi akan ada orang kata, tak ada ke makanan yang ringan sikit, boleh dijadikan sarapan, kudap-kudapan.


Ada…


Jawapannya resipi alternatif daripada tepung beras, jagung, ubi dan pulut.


Tepung sebegini bebas gluten sepenuhnya. Kalau rasa gian nak makan makanan daripada gandum, ini alternatif yang paling baik dan selamat.


Cuma kenalah masak dan buat sendiri, tak ada instant sebab yang instant inilah selalunya mendatangkan penyakit.


Masak sendiri, buat sendiri, kawal bahan-bahan dalamnya, pilih yang baik-baik dan insyaAllah hasilnya nanti sedap dan tak trigger masalah penyakit sedia ada.


Belajar resipinya dalam buku ni…


"Buku 50 Resipi Tanpa Gluten" - koleksi resipi mudah yang selamat untuk yang alah dan mahu elak gluten.


Semua resipi dalam buku ni guna bahan-bahan natural yang tak meradangkan badan. Tapi yang paling best, bahan-bahan dia pun murah dan senang nak dapat! Tak perlu keluar duit banyak pun nak buat makanan yang sihat.


Semua resipi dalam buku ni sudah dimudahkan, tinggal sediakan bahan dan buat ikut step by step, insyaAllah menjadi. Anak-anak korang yang suka makan tu pun boleh buat.. 😉


Dapatkan resipi kat SINI


Pasti teruja dengan hasilnya nanti! 💯


Cikgu Kahar

MAKAN BISKUT NIE SIHAT KE?

 


Dulu saya sangka makan biskut ni sihat..


Orang nak diet kena cari biskut, jangan cari nasi. Inilah mitos yang saya dengar terngiang-ngiang merata-rata.


Cari biskut yang sihat macam ni, tinggi fiber, makan nasi tak sihat. 


Apa orang cakap kita men"iya"kan ajelah masa tu. Lagi pulak dia bercakap dengan siap pakai baju ala-ala doktor, padahal bukan doktor pun.


Saya sangka biskut ni sihat tiada minyak, kurang gula, bagus untuk usus.


Punyalah jahil tahap gaban masa tu. Makan je la setiap bulan. Beli biskut ni untuk sesisi keluarga demi kesihatan.


Namun...


Masalah gatal kulit saya tak helok-helok pun. Makin menjadi-jadi pulak dia. Naik bintat sana, naik bintat sini.


Selepas belajar tentang ingredients product, rupa-rupanya dalam biskut tu ada gandum. Dalam gandum pula ada gluten.


Sejak bila pula gluten ni baik untuk usus. Memang sah-sah tak baik langsung.


Sekarang, 1 jenis biskut pun tak ada kat rumah saya memandangkan semua biskut kebanyakannya diperbuat daripada gandum.


Setelah tinggalkan 100% barulah tiada lagi masalah leaky gut dan berakhirnya masalah gatal kulit saya.


Alhamdulillah, berkat ada ilmu dan jumpa orang yang tepat.


Pesanan saya,


"Elakkan makanan yang dikatakan sihat, selagi kita belum kaji kenapa ia sihat."


Atau kita hanya jadi pak turut yang menyiakan mitos palsu bertebaran merata-rata.


Kini saya amalkan makanan gluten free saja. Belajar buat sendiri kat SINI 

Friday, August 23, 2024

Business Opportunity Sharing by FARMASi

 BUSINESS OPPORTUNITY SHARING (BOS)


Peluang jana pendapatan dengan produk kecantikan & kesihatan bersama FARMASi. Khas untuk orang yang


📌 Nak tambah pendapatan bulanan

📌 Ingin berniaga dalam industri kecantikan & kesihatan

📌 Sedang mencari produk Halal untuk dijual


Antara aktiviti yang kita ada semasa BOS adalah 

📌 Sesi sharing daripada usahawan FARMASi

📌 Background jenama FARMASi

📌 Display produk2 FARMASi

📌 Teknik & cara untuk memulakan perniagaan FARMASi

📌 Rahsia jana pendapatan RM 25k sebulan


Jom datang beramai-ramai ke sesi FARMASi Business Opportunity Sharing (BOS) pada


Tarikh: 28 Ogos 2024 (Rabu)

Masa: 8.30 Malam

Tempat: Armada Hotel, Petaling Jaya, Selangor


RSVP seat anda dengan FARMASi Influencer (FI) kami yang sah. 

WHATSAPP Sekarang!!

Mungkin ini adalah titik perubahan hidup anda. Jumpa di Armada Hotel, PJ.


JOIN SEKARANG!!


Sunday, August 18, 2024

𝑺𝒆𝒏𝒔𝒊𝒕𝒊𝒗𝒆 𝑺𝒌𝒊𝒏 𝑹𝒆𝒔𝒄𝒖𝒆 𝑲𝒊𝒕

 NEW BUNDLE ALERT!


We’ve teamed up with some amazing Malaysian brands to bring you the 𝑺𝒆𝒏𝒔𝒊𝒕𝒊𝒗𝒆 𝑺𝒌𝒊𝒏 𝑹𝒆𝒔𝒄𝒖𝒆 𝑲𝒊𝒕! 🌿💖 This bundle is packed with all the goodness your skin needs to glow and thrive:


𝐏𝐮𝐫𝐞𝐥𝐲𝐁 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐏𝐚𝐜𝐤 - Wellness on-the-go 🌱



𝐏𝐮𝐫𝐞𝐥𝐲𝐁 𝐓𝐢𝐠𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐤 𝐌𝐮𝐬𝐡𝐫𝐨𝐨𝐦 - Immune boost magic 🐯🍄



𝐋𝐮𝐦𝐢 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 𝐂𝐢𝐜𝐚 𝐂𝐚𝐥𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐢𝐬𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐬𝐤 - Soothe & rejuvenate 🌸



𝐒𝐊𝐈𝐍𝐄𝐀𝐓𝐒 𝐌𝐨𝐢𝐬𝐭𝐮𝐫𝐢𝐳𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐢𝐩 𝐁𝐚𝐥𝐦 - Kiss dry lips goodbye 💋✨



𝐁&𝐁 𝐋𝐀𝐁𝐒 𝐌𝐢𝐜𝐫𝐨-𝐌𝐨𝐥𝐞𝐜𝐮𝐥𝐞 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐞 𝐂𝐥𝐞𝐚𝐧𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐨𝐥𝐮𝐭𝐢𝐨𝐧 - Fresh, clean skin every day 🌼



We’re proud to collaborate with these incredible local brands, each using premium natural ingredients with rich Malaysian heritage. Together, we’re spotlighting the best in sensitive skincare, bringing you products that are deeply rooted in our local traditions and crafted with love.


Perfect for sensitive skin, our bundle is here to tackle eczema, acne, and bring out your radiant best! ✨💚


Grab yours NOW at PurelyB and join us in celebrating 9 amazing years of PurelyB! Limited time only, don’t miss out! 🎊🎈

Watch VIDEO





Friday, August 16, 2024

Disiplin Gluten Free

 


Disiplin gluten free


Orang ambil gluten free bukan sekadar gluten free semata-mata. 


Dia nak bebas gluten, dan paling utama nak sihat tanpa radang.


Ini disiplin menu gluten free 


Disiplin tentang pemakanan sihat. Disiplin tentang bahan mentahnya, disiplin tentang kualitinya, disiplin juga tentang kuantitinya.


Ada orang fikir, ambil makanan gluten boleh campur dengan gula pasir dan pemanis tiruan.


Ada orang sangka, ambil makanan gluten free boleh tambah pewarna dan perasa tiruan. 


Ada orang craving dengan makanan bertepung, sampai jadikan menu gluten free ni sepanjang hari. Sehingga tak ambil protein sebagai diet harian.


Pengambilan karbo terlebih-lebih dalam diet harian. 


Sekurang-kurangnya kalau kita tak mampu nak berdisiplin, jangan sampai pengaruh orang lain dengan hidangan gluten free yang bercampur baur. 


Tunjukkan yang baik saja, supaya orang akan ikut yang baik saja. Yang kurang baik tu kita simpan sendiri kemas-kemas supaya tak jadi ikutan. 


Sebagai contoh nak buat pizza gluten free, kalau kita tak mampu nak gunakan daging atau ayam sebenar, jangan kita tunjukkan kita guna sosej atau daging burger, makanan berproses. 


Apa gunanya gluten free kalau akhirnya dapat penyakit juga.


Baik ambil je makanan gandum. Lagi murah dan jimat. Lagi sedap dan lembut tanpa pening kepala nak mengadunnya. Tak perlu bazirkan duit buat menu gluten free.


Saya harap ramai orang sedar dan perbaiki kualiti hidangan gluten free yang nak ditunjukkan di media sosial. 


Hidup biar berprinsip. Supaya kita ada nilai tinggi yang tak mudah goyah. 


Dalam buku 50 Resipi tanpa gluten, saya disiplinkan diri tak guna bahan mudarat juga. Tiada gula putih, tiada perasa tiruan, warna tiruan, malah apa saja bentuk bahan meradangkan. Supaya hasilnya nanti tak menjadi punca penyakit.


Siapa dah pernah dapatkan buku ni boleh jadi saksi.


Bagi yang belum dapat, dapatkan buku ni kat SINI


Credit Cikgu Kahar

Anak Tak Makan Sayur



Anak tak makan sayur?


Semua anak-anak saya tak suka makan sayur bila dia dah mula rasa tawar sayur.


Walaupun masa bayi kita suap sayur, masa dia dah dapat makanan manis, dia mula hilang selera makan sayur. 


Jadi apa saya buat?


Walaupun masih kecil, kami ajar juga dia makan sayur. 


Tak ada alasan untuk tak suka sayur. 


Tak ada alasan nak benci sayur. 


Tak sesekali saya nak ikut kehendak anak yang tak makan sayur. 


Sayurlah jadi prebiotik untuk bakteria baik. Kalau sikit atau pupus bakteria baik, mulakan senang demam, senang kena virus, senang kena gatal dan macam-macam penyakit. 


Benda ni la ramai parent terlepas pandang. Ikut sangat kehendak anak yang tak suka sayur.


Dari yang sulung tak suka sayur awalnya, sampailah yang ke-4 pun makan sayur dan sukakan sayur. 


Kami wujudkan komuniti yang makan sayur, jadi ramai-ramai takde alasan untuk tak makan sayur. 


Kami pilih sayur yang sedap juga. Tak pahit macam sawi. 


Kami jadikan menu sayur tu menarik untuk mereka makan. 


Kami buatkan sayur tu bercampur dalam setiap makanan lain, supaya anak-anak tak dapat nak pilih-pilih, melainkan terpaksa makan semua sekali.


Yang penting kami nak mereka membesar dalam keadaan sihat walafiat, tak sakit macam setiap anak-anak yang sudah dihadapkan dengan gula-gula, coklat, aiskrim setiap hari.


“Dengan sayur bantu probiotik dalam usus mereka berkembang sebab itu makanannya.”


Bagi penyakit ekzema, wajib ambil sayur sebagai makanan harian. Ia bantu probiotik berkembang lebih banyak untuk lawan bakteria jahat. 


Tak ambil sayur, ibarat taknak ekzema sembuh. 


Ajar anak juga ubah tabiat makan makanan daripada  gandum kepada gluten free.


Siapa belum dapatkan buku 50 Resipi tanpa Gluten klik SINI

Kunyah Selagi Boleh


Ramai orang tak sanggup nak pantang bila sakit. 


Padahal itulah satu-satu cara nak kurangkan radang dalam badan.


Namun biasalah bila sudah namanya manusia. Selagi masih ada khudrat nak mengunyah, selagi itulah rasa nak mengunyah. Huhu.


Kalau jumpa jajan atau cookies viral, nak cuba rasa. Sekali rasa sedap, habis berbalang tak hingat. Esok order lagi. Hmm.


Kalau ada air sedap, manis, ada tambahan bobba, madu stick. Itu jugalah yang nak dicuba dan dirasa. Akhir sekali tak cukup pun 1 cup. 


Yang mana semuanya ni tinggi gula, diperbuat daripada gluten dan banyak bahan tiruan.


Kenalpasti diri sendiri, ditahap mana kesihatan kita. 


Sangat sihat ke, suam-suam kuku ke atau sakit kronik?


Kalau kita sedar diri, kita tak boleh suka-suka pilih makanan yang tak berkhasiat semata-mata nak penuhi citarasa kita yang tinggi dan amat dahsyat tu. 


Hargai kesihatan yang ada. Lagi berumur, lagilah kena jaga kesihatan. 


Pilih makanan yang tepat. 


Terlalu banyak makanan sedap yang tak ada unsur makanan radang pun. Contoh mudah, nasi arab, ayam panggang. Kalau simple sikit pun telur mata kerbau goyang. 


Itu pun terliur rasanya. Kuning telur tu cukup mengiurkan. Makan banyak mana pun tak jadi radang. Body builder boleh habiskan 20 biji sehari. 


Elakkan gula pasir, elakkan gandum, elakkan makanan berproses, elakkan segala-galanya yang tiruan dan apa yang meragukan. 


Madu pun meragukan sekarang, disebabkan tak asli dan dicampur gula pasir.


Bagi yang jenis memang nak kudap-kudapan jugak. Cari makanan tanpa gula putih, tanpa gandum dan bahan tiruan. 


Dapatkan makanan yang bahan asasnya adalah natural, kurang manis, organik dan mesra perut. 


Dalam ni ada banyak menu gluten free yang boleh kita cuba setiap pagi. Memenuhi selera tanpa meradangkan. 


Klik SINI