Friday, August 16, 2024

Anak Tak Makan Sayur



Anak tak makan sayur?


Semua anak-anak saya tak suka makan sayur bila dia dah mula rasa tawar sayur.


Walaupun masa bayi kita suap sayur, masa dia dah dapat makanan manis, dia mula hilang selera makan sayur. 


Jadi apa saya buat?


Walaupun masih kecil, kami ajar juga dia makan sayur. 


Tak ada alasan untuk tak suka sayur. 


Tak ada alasan nak benci sayur. 


Tak sesekali saya nak ikut kehendak anak yang tak makan sayur. 


Sayurlah jadi prebiotik untuk bakteria baik. Kalau sikit atau pupus bakteria baik, mulakan senang demam, senang kena virus, senang kena gatal dan macam-macam penyakit. 


Benda ni la ramai parent terlepas pandang. Ikut sangat kehendak anak yang tak suka sayur.


Dari yang sulung tak suka sayur awalnya, sampailah yang ke-4 pun makan sayur dan sukakan sayur. 


Kami wujudkan komuniti yang makan sayur, jadi ramai-ramai takde alasan untuk tak makan sayur. 


Kami pilih sayur yang sedap juga. Tak pahit macam sawi. 


Kami jadikan menu sayur tu menarik untuk mereka makan. 


Kami buatkan sayur tu bercampur dalam setiap makanan lain, supaya anak-anak tak dapat nak pilih-pilih, melainkan terpaksa makan semua sekali.


Yang penting kami nak mereka membesar dalam keadaan sihat walafiat, tak sakit macam setiap anak-anak yang sudah dihadapkan dengan gula-gula, coklat, aiskrim setiap hari.


“Dengan sayur bantu probiotik dalam usus mereka berkembang sebab itu makanannya.”


Bagi penyakit ekzema, wajib ambil sayur sebagai makanan harian. Ia bantu probiotik berkembang lebih banyak untuk lawan bakteria jahat. 


Tak ambil sayur, ibarat taknak ekzema sembuh. 


Ajar anak juga ubah tabiat makan makanan daripada  gandum kepada gluten free.


Siapa belum dapatkan buku 50 Resipi tanpa Gluten klik SINI

No comments:

Post a Comment