Friday, August 23, 2024

Business Opportunity Sharing by FARMASi

 BUSINESS OPPORTUNITY SHARING (BOS)


Peluang jana pendapatan dengan produk kecantikan & kesihatan bersama FARMASi. Khas untuk orang yang


📌 Nak tambah pendapatan bulanan

📌 Ingin berniaga dalam industri kecantikan & kesihatan

📌 Sedang mencari produk Halal untuk dijual


Antara aktiviti yang kita ada semasa BOS adalah 

📌 Sesi sharing daripada usahawan FARMASi

📌 Background jenama FARMASi

📌 Display produk2 FARMASi

📌 Teknik & cara untuk memulakan perniagaan FARMASi

📌 Rahsia jana pendapatan RM 25k sebulan


Jom datang beramai-ramai ke sesi FARMASi Business Opportunity Sharing (BOS) pada


Tarikh: 28 Ogos 2024 (Rabu)

Masa: 8.30 Malam

Tempat: Armada Hotel, Petaling Jaya, Selangor


RSVP seat anda dengan FARMASi Influencer (FI) kami yang sah. 

WHATSAPP Sekarang!!

Mungkin ini adalah titik perubahan hidup anda. Jumpa di Armada Hotel, PJ.


JOIN SEKARANG!!


Sunday, August 18, 2024

𝑺𝒆𝒏𝒔𝒊𝒕𝒊𝒗𝒆 𝑺𝒌𝒊𝒏 𝑹𝒆𝒔𝒄𝒖𝒆 𝑲𝒊𝒕

 NEW BUNDLE ALERT!


We’ve teamed up with some amazing Malaysian brands to bring you the 𝑺𝒆𝒏𝒔𝒊𝒕𝒊𝒗𝒆 𝑺𝒌𝒊𝒏 𝑹𝒆𝒔𝒄𝒖𝒆 𝑲𝒊𝒕! 🌿💖 This bundle is packed with all the goodness your skin needs to glow and thrive:


𝐏𝐮𝐫𝐞𝐥𝐲𝐁 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐏𝐚𝐜𝐤 - Wellness on-the-go 🌱



𝐏𝐮𝐫𝐞𝐥𝐲𝐁 𝐓𝐢𝐠𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐤 𝐌𝐮𝐬𝐡𝐫𝐨𝐨𝐦 - Immune boost magic 🐯🍄



𝐋𝐮𝐦𝐢 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 𝐂𝐢𝐜𝐚 𝐂𝐚𝐥𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐢𝐬𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐬𝐤 - Soothe & rejuvenate 🌸



𝐒𝐊𝐈𝐍𝐄𝐀𝐓𝐒 𝐌𝐨𝐢𝐬𝐭𝐮𝐫𝐢𝐳𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐢𝐩 𝐁𝐚𝐥𝐦 - Kiss dry lips goodbye 💋✨



𝐁&𝐁 𝐋𝐀𝐁𝐒 𝐌𝐢𝐜𝐫𝐨-𝐌𝐨𝐥𝐞𝐜𝐮𝐥𝐞 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐞 𝐂𝐥𝐞𝐚𝐧𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐨𝐥𝐮𝐭𝐢𝐨𝐧 - Fresh, clean skin every day 🌼



We’re proud to collaborate with these incredible local brands, each using premium natural ingredients with rich Malaysian heritage. Together, we’re spotlighting the best in sensitive skincare, bringing you products that are deeply rooted in our local traditions and crafted with love.


Perfect for sensitive skin, our bundle is here to tackle eczema, acne, and bring out your radiant best! ✨💚


Grab yours NOW at PurelyB and join us in celebrating 9 amazing years of PurelyB! Limited time only, don’t miss out! 🎊🎈

Watch VIDEO





Friday, August 16, 2024

Disiplin Gluten Free

 


Disiplin gluten free


Orang ambil gluten free bukan sekadar gluten free semata-mata. 


Dia nak bebas gluten, dan paling utama nak sihat tanpa radang.


Ini disiplin menu gluten free 


Disiplin tentang pemakanan sihat. Disiplin tentang bahan mentahnya, disiplin tentang kualitinya, disiplin juga tentang kuantitinya.


Ada orang fikir, ambil makanan gluten boleh campur dengan gula pasir dan pemanis tiruan.


Ada orang sangka, ambil makanan gluten free boleh tambah pewarna dan perasa tiruan. 


Ada orang craving dengan makanan bertepung, sampai jadikan menu gluten free ni sepanjang hari. Sehingga tak ambil protein sebagai diet harian.


Pengambilan karbo terlebih-lebih dalam diet harian. 


Sekurang-kurangnya kalau kita tak mampu nak berdisiplin, jangan sampai pengaruh orang lain dengan hidangan gluten free yang bercampur baur. 


Tunjukkan yang baik saja, supaya orang akan ikut yang baik saja. Yang kurang baik tu kita simpan sendiri kemas-kemas supaya tak jadi ikutan. 


Sebagai contoh nak buat pizza gluten free, kalau kita tak mampu nak gunakan daging atau ayam sebenar, jangan kita tunjukkan kita guna sosej atau daging burger, makanan berproses. 


Apa gunanya gluten free kalau akhirnya dapat penyakit juga.


Baik ambil je makanan gandum. Lagi murah dan jimat. Lagi sedap dan lembut tanpa pening kepala nak mengadunnya. Tak perlu bazirkan duit buat menu gluten free.


Saya harap ramai orang sedar dan perbaiki kualiti hidangan gluten free yang nak ditunjukkan di media sosial. 


Hidup biar berprinsip. Supaya kita ada nilai tinggi yang tak mudah goyah. 


Dalam buku 50 Resipi tanpa gluten, saya disiplinkan diri tak guna bahan mudarat juga. Tiada gula putih, tiada perasa tiruan, warna tiruan, malah apa saja bentuk bahan meradangkan. Supaya hasilnya nanti tak menjadi punca penyakit.


Siapa dah pernah dapatkan buku ni boleh jadi saksi.


Bagi yang belum dapat, dapatkan buku ni kat SINI


Credit Cikgu Kahar

Anak Tak Makan Sayur



Anak tak makan sayur?


Semua anak-anak saya tak suka makan sayur bila dia dah mula rasa tawar sayur.


Walaupun masa bayi kita suap sayur, masa dia dah dapat makanan manis, dia mula hilang selera makan sayur. 


Jadi apa saya buat?


Walaupun masih kecil, kami ajar juga dia makan sayur. 


Tak ada alasan untuk tak suka sayur. 


Tak ada alasan nak benci sayur. 


Tak sesekali saya nak ikut kehendak anak yang tak makan sayur. 


Sayurlah jadi prebiotik untuk bakteria baik. Kalau sikit atau pupus bakteria baik, mulakan senang demam, senang kena virus, senang kena gatal dan macam-macam penyakit. 


Benda ni la ramai parent terlepas pandang. Ikut sangat kehendak anak yang tak suka sayur.


Dari yang sulung tak suka sayur awalnya, sampailah yang ke-4 pun makan sayur dan sukakan sayur. 


Kami wujudkan komuniti yang makan sayur, jadi ramai-ramai takde alasan untuk tak makan sayur. 


Kami pilih sayur yang sedap juga. Tak pahit macam sawi. 


Kami jadikan menu sayur tu menarik untuk mereka makan. 


Kami buatkan sayur tu bercampur dalam setiap makanan lain, supaya anak-anak tak dapat nak pilih-pilih, melainkan terpaksa makan semua sekali.


Yang penting kami nak mereka membesar dalam keadaan sihat walafiat, tak sakit macam setiap anak-anak yang sudah dihadapkan dengan gula-gula, coklat, aiskrim setiap hari.


“Dengan sayur bantu probiotik dalam usus mereka berkembang sebab itu makanannya.”


Bagi penyakit ekzema, wajib ambil sayur sebagai makanan harian. Ia bantu probiotik berkembang lebih banyak untuk lawan bakteria jahat. 


Tak ambil sayur, ibarat taknak ekzema sembuh. 


Ajar anak juga ubah tabiat makan makanan daripada  gandum kepada gluten free.


Siapa belum dapatkan buku 50 Resipi tanpa Gluten klik SINI

Kunyah Selagi Boleh


Ramai orang tak sanggup nak pantang bila sakit. 


Padahal itulah satu-satu cara nak kurangkan radang dalam badan.


Namun biasalah bila sudah namanya manusia. Selagi masih ada khudrat nak mengunyah, selagi itulah rasa nak mengunyah. Huhu.


Kalau jumpa jajan atau cookies viral, nak cuba rasa. Sekali rasa sedap, habis berbalang tak hingat. Esok order lagi. Hmm.


Kalau ada air sedap, manis, ada tambahan bobba, madu stick. Itu jugalah yang nak dicuba dan dirasa. Akhir sekali tak cukup pun 1 cup. 


Yang mana semuanya ni tinggi gula, diperbuat daripada gluten dan banyak bahan tiruan.


Kenalpasti diri sendiri, ditahap mana kesihatan kita. 


Sangat sihat ke, suam-suam kuku ke atau sakit kronik?


Kalau kita sedar diri, kita tak boleh suka-suka pilih makanan yang tak berkhasiat semata-mata nak penuhi citarasa kita yang tinggi dan amat dahsyat tu. 


Hargai kesihatan yang ada. Lagi berumur, lagilah kena jaga kesihatan. 


Pilih makanan yang tepat. 


Terlalu banyak makanan sedap yang tak ada unsur makanan radang pun. Contoh mudah, nasi arab, ayam panggang. Kalau simple sikit pun telur mata kerbau goyang. 


Itu pun terliur rasanya. Kuning telur tu cukup mengiurkan. Makan banyak mana pun tak jadi radang. Body builder boleh habiskan 20 biji sehari. 


Elakkan gula pasir, elakkan gandum, elakkan makanan berproses, elakkan segala-galanya yang tiruan dan apa yang meragukan. 


Madu pun meragukan sekarang, disebabkan tak asli dan dicampur gula pasir.


Bagi yang jenis memang nak kudap-kudapan jugak. Cari makanan tanpa gula putih, tanpa gandum dan bahan tiruan. 


Dapatkan makanan yang bahan asasnya adalah natural, kurang manis, organik dan mesra perut. 


Dalam ni ada banyak menu gluten free yang boleh kita cuba setiap pagi. Memenuhi selera tanpa meradangkan. 


Klik SINI