Disiplin gluten free
Orang ambil gluten free bukan sekadar gluten free semata-mata.
Dia nak bebas gluten, dan paling utama nak sihat tanpa radang.
Ini disiplin menu gluten free
Disiplin tentang pemakanan sihat. Disiplin tentang bahan mentahnya, disiplin tentang kualitinya, disiplin juga tentang kuantitinya.
Ada orang fikir, ambil makanan gluten boleh campur dengan gula pasir dan pemanis tiruan.
Ada orang sangka, ambil makanan gluten free boleh tambah pewarna dan perasa tiruan.
Ada orang craving dengan makanan bertepung, sampai jadikan menu gluten free ni sepanjang hari. Sehingga tak ambil protein sebagai diet harian.
Pengambilan karbo terlebih-lebih dalam diet harian.
Sekurang-kurangnya kalau kita tak mampu nak berdisiplin, jangan sampai pengaruh orang lain dengan hidangan gluten free yang bercampur baur.
Tunjukkan yang baik saja, supaya orang akan ikut yang baik saja. Yang kurang baik tu kita simpan sendiri kemas-kemas supaya tak jadi ikutan.
Sebagai contoh nak buat pizza gluten free, kalau kita tak mampu nak gunakan daging atau ayam sebenar, jangan kita tunjukkan kita guna sosej atau daging burger, makanan berproses.
Apa gunanya gluten free kalau akhirnya dapat penyakit juga.
Baik ambil je makanan gandum. Lagi murah dan jimat. Lagi sedap dan lembut tanpa pening kepala nak mengadunnya. Tak perlu bazirkan duit buat menu gluten free.
Saya harap ramai orang sedar dan perbaiki kualiti hidangan gluten free yang nak ditunjukkan di media sosial.
Hidup biar berprinsip. Supaya kita ada nilai tinggi yang tak mudah goyah.
Dalam buku 50 Resipi tanpa gluten, saya disiplinkan diri tak guna bahan mudarat juga. Tiada gula putih, tiada perasa tiruan, warna tiruan, malah apa saja bentuk bahan meradangkan. Supaya hasilnya nanti tak menjadi punca penyakit.
Siapa dah pernah dapatkan buku ni boleh jadi saksi.
Bagi yang belum dapat, dapatkan buku ni kat SINI
Credit Cikgu Kahar

No comments:
Post a Comment