Makan gandum vs nasi
Mana 1 elok di makan?
Bergantung kepada situasi kita sekarang. Ada 3 situasi. Sangat sihat, sihat cuma sikit-sikit sakit dan sakit melarat.
1. Kalau kita sangat sihat. Ini pilihan kita.
Kurangkan makan makanan daripada gandum, tapi ambil nasi seperti biasa.
Gandum ada gluten, ia tak beri mudarat jangka pendek, tapi jangka panjang. Lepas bertahun baru kena macam-macam penyakit.
Namun, ada orang yang setiap hari makan apa saja dari gandum tak ada langsung apa-apa penyakit. Tak kena masalah angin, tak kena masalah gatal, sembelit atau sebagainya.
Ini namanya gluten tolerance. Perut dia kebal dengan kesan gluten. Silakan makan makanan daripada gandum. Tak ada masalah kalau dia sendiri rasa ok.
Cuma jangan sesekali samakan diri kita dengan ahli keluarga sendiri. Mungkin anak, pasangan tak sama situasinya. Elakkan lagi baik.
2. Sihat, tapi ada sikit-sikit sakit
Mungkin ada selesema sikit, angin sikit, gatal sikit tanpa menggangu kerja harian.
Kurangkan makan gandum kepada sebulan sekali saja. Nasi makan seperti biasa.
Gandum yang dimakan sangat jarang, tak beri kesan mudarat. Badan kita boleh singkirkan dengan mudah sebab perut kita dalam keadaan sihat
3. Sakit yang melarat
Ini yang hadapi masalah kronik. Ada masalah diabetes, ekzema, gerd, anxiety, reflux dan sebagainya
Kategori ni perlu dan wajib tinggalkan apa saja makanan daripada gandum. Bukan sebulan dua, malah bertahun sampai penyakit yang ada tu hilang dulu.
Untuk nasi pula sebaik-baiknya ubah kepada nasi beras basmathi. Nasi biasa tak boleh lagi nak ambil sebab akan cepat bertukar kepada gula di dalam badan.
Kena banyakkan makan makanan serat daripada buah dan sayur untuk bantu pulihkan perut. Dalam masa sama membuang toksid yang penuh dalam badan.
Kerapkan juga buat aktiviti riadah, berpeluh dan outdoor.
Bukan saja gandum, malah gula dan makanan berproses juga kena elakkan 100%.
Maka, sebelum nak makan. Fikirkan dulu situasi kita di mana. Jangan seronok je nak makan, sampai lupa.
"Oh, aku sakit rupanya".
Tu nampak sangat nak cari penyakitnya. 😆
Saya doakan bagi yang kronik, cepat-cepat pulih. Time Raya haji ni jaga banyak bab pemakanan ni. 😁
Nak resipi tanpa gluten, klik SINI ye,
Cikgu Kahara