Tuesday, March 28, 2017

3 Makanan Punca Wajah Berjerawat

Arghhh, stresnya dengan jerawat ni! Macam nak picit-picit kesemuanya. Pasti masalah ini menakutkan kamu. Sebelum ia datang bertandang ke wajahmu adalah lebih baik kamu berwaspada. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Perkara yang paling penting diketahui ialah punca berlakunya jerawat. Selain faktor kebersihan, stress dan hormon, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat. Jadi jom semak antara makanan yang sering menjadi punca munculnya jerawat.

♥ Makanan yang bergoreng
Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru.

Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:

Kentang goreng
Donat
Ayam goreng

♥ Makanan tinggi gula
Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat.

Gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

Ais krim
Coklat
Biskut
Bijirin

♥ Makanan tinggi karbohidrat
Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh.

Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku.

Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:
Beras putih
Pasta
Roti putih

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Jadi, selepas ini jika kita sudah tahu makanan tersebut jika diambil dalam KUANTITI yang banyak akan mengakibakan  gula dalam darah tinggi serta timbul pelbagai penyakit.

Bermula dari hari ini, kurangkan pengambilan 3 JENIS MAKANAN ini dan mulakan gaya hidup yang sihat seperti.

1. BERSENAM
2. MAKAN DIET YANG SEIMBANG
3. MINUM 2-3 liter Air kosong SETIAP HARI
4. JAGA KEBERSIHAN DIRI  & WAJAH
5. Dapatkan TIDUR DAN REHAT YANG CUKUP
6. ELAKKAN STRESS
7. JANGAN TINGGALAKAN RUTIN PENJAGAAN WAJAH ANDA SETIAP BULAN.
8. GUNAKAN SET PENJAGAAN WAJAH YANG ORGANIK, BEBAS MERCURY DAN SELAMAT untuk wajah anda.

SELAMAT MENCUBA!
TIPS KECANTIKAN INI DIBAWAKAN OLEH DHILESA BEAUTY

No comments:

Post a Comment