Pegaga mengandungi bahan aktif
seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid
madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils
(vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol,
sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik,
asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat
popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.
Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina
digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan
sebagai tonik kecerdasan minda.
KHASIAT
Pegaga diketahui berkhasiat
bagi menyegarkan badan.
Dalam perubatan tradisional,
pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga
dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut,
menyembuhkan demam, melancar peredaran darah, merawat
pitam, mengurangkan berat badan, awet muda, rawatan lepas bersalin,
meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara,
merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan
kulit dan sebagainya. Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa
penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal
pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah
tunggi. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.
#kopipegaga
To order, click here
or sms/ whatsapp : 010-5437705
LIKE Fan Page : Elisya Beauty Shoppe

No comments:
Post a Comment