Monday, November 10, 2014

Parabens dan Risikonya Kepada Pengguna

Adakah ini yang anda inginkan dari produk kosmetik ?

✔ Gangguan hormone
✔ Kaitan dengan kanser payu dara
✔ Reaksi alergik
✔  Kemerahan kulit
✔ Pengurangan sperma bagi lelaki
✔  Gangguan perkembangan janin bagi perempuan mengandung

BACA SETERUSNYA 

Terdapat beberapa jenis paraben dengan jenis yang biasa digunakan adalah: methylparaben, ethylparaben, propylparaben and butylparaben. Paraben ini digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagaan diri, makanan dan juga ubatan. Pengilang menggunakannya kerana ianya murah dan berkesan untuk membolehkan sesuatu produk mempunyai jangka hayat yang panjang.

Masalah dengan Paraben adalah terdapat kajian yang menunjukkan ianya adalah toksid dan ditemui di dalam darah pengguna pada tahap yang tinggi. Disebabkan paraben biasanya digunakan dalam kosmetik, wanita khususnya adalah yang berisiko tinggi terdedah kepada paraben.

Di sebalik pelbagai debat mengenai paraben, Perancis, Denmark dan beberapa Negara lain telah mengharamkan penggunaannya. Denmark mengharamkan penggunakan  dua jenis paraben: propylparaben dan butylparaben di dalam produk kosmetik untuk penggunaan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun sejak Disember 2010. Manakala pada tahun 2011, Perancis mengharamkan phthalates, alkylphenols dan parabens di dalam produk consumer dan professional.

Pada  April 2014, European Commission telah mengubah regulasi kosmetik Kesatuan Eropah dan memasukkan lima paraben sebagai bahan yang TIDAK DIBENARKAN dalam produk kosmetik iaitu:

• isopropylparaben;
• isobutylparaben;
• phenylparaben;
• benzylparaben; dan
• pentylparaben.

Pengeluar produk kosmetik yang masih menggunakan paraben berkenaan hanya dibenarkan dijual sehingga 30 Oktober ini sahaja dan semua produk sama sekali tidak dibenarkan mengandungi paraben mulai 30 Julai 2015.

Risiko yang dikaitkan dengan Paraben

✔ Gangguan hormone
✔ Kaitan dengan kanser payu dara
✔ Reaksi alergik
✔  Kemerahan kulit
✔ Pengurangan sperma bagi lelaki
✔  Gangguan perkembangan janin bagi perempuan mengandung

Kajian membuktikan terdapat paraben ditemui di dalam ketumbuhan payu dara selepas ujian biopsy dilakukan. Manakala satu kajian di UK pada 2004 mendapati 5 jenis paraben ditemui dlam ketumbuhan kanser dalam 19 daripada 20 wanita yang dibuang. Dalam satu kajian di Jepun, paraben juga didapati pendedahan kepada paraben khususnya butylparaben boleh engurangkan kandungan sperma dalam lelaki dan menyebabkan “feminization of boys.” 

Apa yang boleh anda lakukan ?

Setiap hari, seorang wanita akan menggunakan beberapa jenis produk yang mengandungi parabens. Wanita Korea menggunakan sehingga 10 produk berbeza setiap hari. Bayangkan, anda telah menggunakan produk yang mengandungi paraben puluhan tahun.
Apa yang anda boleh lakukan ialah setiap kali anda membeli produk, pastikan anda melihat kandungan/ingredients setiap produk anda samada ianya mengandungi paraben atau tidak. Jika ada alternative produk yang tidak mengandungi paraben, ia sepatutnya menjadi pilihan anda.

♥♥Pegangan Secretleaf♥♥
Walaupun paraben belum diharamkan di negara ini, tetapi memandangkan risiko yang boleh dikaitkan dengan paraben adalah tinggi, kesemua produk Secretleaf daripada awal TIDAK PERNAH mengandungi paraben. Apatah lagi dengan peraturan baru Kesatuan Eropah yang mengharamkan parabens.

LIKE Fan Page : Elisya Beauty Shoppe

No comments:

Post a Comment